Pencemaran Alam Sekitar (Buku Skrap)


 

OBJEKTIF

Objektif bagi buku skrap ini adalah :
1. Mendefinisikan  pencemaran alam sekitar.
2) Mengenalpasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar.
3) Menyatakan punca-punca pencemaran alam sekitar.
4) Menyatakan kesan-kesan pencemaran alam sekitar.
5) Menyatakan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar.

______________________________________________________________________________________________

PENGENALAN

Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, habacahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem.

BENTUK PENCEMARAN

  1. Pencemaran Udara.
  2. Pencemaran Air.
  3. Pencemaran Tanih.
  4. Pencemaran Bunyi.
  5. Pencemaran Radioaktif.
  6. Pencemaran Cahaya.
  7. Pencemaran Visual.
  8. Pencemaran Terma/Haba.

CARA BERLAKU PENCEMARAN
 

FAKTOR SEMULA JADI

FAKTOR MANUSIA

    –  Bencana alam.

- Pembakaran secara terbuka.

- Membuang sampah di merata-rata tempat dsb

______________________________________________________________________________________________

PENCEMARAN UDARA

1. Pencemaran udara : Pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke dalam atmosfera. Contoh-contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri.

2. Punca pencemaran udara : pelepasan asap kotor oleh kilang-kilang dan kenderaan, letusan gunung berapi.

3. Kesan pencemaran udara :penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid, pemanasan bumi, menyebabkan paru-paru tidak berfungsi.

4. Langkah-langkah mengatasi pencemaran udara :

     a). Membuat kempen kesedaran.

     b). Penguatkuasaan undang-undang.

     c). Membina taman di Bandar.

     d). Menapis asap kilang sebelum dilepaskan di udara.

     e). Pendidikan alam sekitar.

______________________________________________________________________________________________

PENCEMARAN AIR

1. Pencemaran Air : kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenominon eutrofikasi, hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya.

2. Punca pencemaran air : Pembuangan najis manusia dan haiwan, pembuangan sisa toksik, tumbahan minyak, penggunaan baja kimia dan racun serangga.

3. Kesan pencemaran air : menjejaskan kualiti air, hidupan akuatik terancam.

4. Langkah-langkah mengatasi pencemaran air:

a). Membuat kempen.

b). Penguatkuasaan undang-undang.

c). Pendidikan alam sekitar.   4.Sistem rawatan air kumbahan   5. Penjagaan sungai.

______________________________________________________________________________________________

PENCEMARAN TANIH

1. Pencemaran tanih : Peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.

2. Punca pencemaran :
a). Bahan buangan kilang – minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang (dibiarkan begitu sahaja atau ditanam di dalam tanah).
b). Masyarakat – pembuangan sampah merata-rata tempat dan pelupusan yang tidak sistematik.

3. Kesan Pencemaran : Kesuburan tanah terjejas dan tidak sesuai untuk tujuan pertanian, harga tanah menjadi mahal.

4. Langkah-langkah mengatasi pencemaran tanih :

a). Penggunan baja organik.

b). Membuat kempen kesedaran.

c). Penguatkuasaan undang-undang.
______________________________________________________________________________________________

PENCEMARAN BUNYI

1. Pencemaran bunyi : bunyi hasilan mesin, haiwan atau manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan.

2. Punca pencemaran bunyi : aktiviti manusia seperti memasang radio dll, bunyi haiwan seperti salakan anjing dll, bunyi kenderaan, bunyi kapal terbang, bunyi mesin dan bunyi kereta api.

3. Kesan pada kesihatan manusia : rimas dan agresif, tahap tekanan tinggi, kehilangan pendengaran, gangguan tidur, berasa tertekanan dan hipertansi.

4. Langkah pengurangan dan mengawal bunyi :

a). Tiub bunyi digunakan untuk mengurangkan bunyi bising.

b). Menghadkan kelajuan kenderaan.

c). Menukar tekstur permukaan jalan raya.

d). Menghadkan kenderaan berat.

e). Membina enjin jet yang lebih senyap.

f). Mengubal undang-undang.

g). Membuat kempen kesedaran.
______________________________________________________________________________________________

PENCEMARAN RADIOAKTIF

1. Pencemaran radioaktif : Bahan radioaktif di permukaan, atau dalam pepejal, cecair, atau gas (termasuk badan manusia), di mana kehadiran mereka tidak disengajakan atau dikehendaki, atau proses yang membebaskannya di tempat sedemikian.

PUNCA

KESAN

CARA MENGATASI

KEMALANGAN alam sekitar tercemar, maut,kanser, kemandulan Penggunaan reaktor nuklear hendaklah dihadkan
PENCEMARAN SISA RADIOAKTIF alam sekitar tercemar, kanser, kehidupan akuatik terjejas Pembuangan sisa radioaktif hendaklah dilaksanakan dengan baik seperti tempat pelupusan dasar laut atau gurun.
PEPERANGAN Pembinaan senjata pemusnah yang besar Menghadkan penggunaan bahan radioaktif dalam pembinaan senjata

______________________________________________________________________________________________

PENCEMARAN CAHAYA

1. Pencemaran cahaya : kesan negatif yang diperolehi daripada cahaya buatan manusia. Pencemaran ini akan menyebabkan proses mencerap objek-objek di langit bertambah sukar kerana penglihatan kita akan diganggu oleh cahaya-cahaya yang berlebihan.

2. Punca pencemaran cahaya : Pencahayaan bukan semulajadi seperti lampu jalan, lampu rumah, lampu papan tanda, lampu bangunan dsb.

3. Kesan pencemaran cahaya : 1. Langit yang cerah akan menyukarkan melihat keindahan langit.  2. Generasi muda yang menetap di kawasan bandar tidak mengenali bintang.   3. Planet dan objek di langit.   4. Menyebabkan haiwan hilang kawalan terhadap sistem navigasi 5. Pendebungaan tidak boleh berlaku secara semula jadi. 6. Pembaziran bekalan elektrik.

4. Langkah-langkah untuk mengurangkan pencemaran cahaya :

     a). Gunakan cahaya lampu hanya sebanyak mana yang diperlukan

     b). Fokuskan cahaya ke tempat yang diingini, supaya ia tidak tersebar ke langit

     c). Matikan lampu apabila tidak digunakan

   d). Gunakan lampu dari jenis Sodium bertekanan rendah (Low-pressure sodium), kerana ianya dapat mengurangkan gangguan bagi melakukan dibalai cerap.

    e). Mengadakan kempen seperti Earth Hours.

______________________________________________________________________________________________

PENCEMARAN VISUAL

1. Pencemaran visual : Pencemaran visual merujuk kepada elemen pada landskap yang memberikan pandangan yang tidak menarik. Elemen ini yang terdapat dan bersepah di persekitaran kita adalah termasuk papan iklan yang bersaiz gergasi, pengiklanan jenis sederhana, lampu jalan, tanda isyarat, rantaian wayar telefon dan elektrik, pusat jana kuasa elektrik, grafiti, lalang, sampah, bangunan dan kenderaan terbiar.

2. Punca pencemaran visual : Poster-poster iklan mencari kerja dsbg dilekat di tiang, bangunan dll, sampah dibuang merata-rata tempat, kemudahan awan dirosakkan.

3. Kesan pencemaran visual : Menghalang manusia daripada menikmati keindahan alam dengan baik, membahayakan keselamatan.

4. Langkah-langkah mengatasi pencemaran visual :

     a). Membuat kempen kesedaran.

     b). Penguatkuasaan undang-undang.

     c). Pendidikan Alam Sekitar.
______________________________________________________________________________________________

PENCEMARAN TERMA/HABA

1. Pencemaran terma/haba : Perubahan atau peningkatan suhu sungai dan udara sekitarnya yang yang berlaku khasnya akibat aktiviti manusia.

2. Punca pencemaran terma/haba : Peningkatan kawasan perindustrian, kewujudan bangunan bercermin, bandar raya yang pesat membangun, stesen penjanaan kuasa elektrik dan pertambahan bilangan kenderaan bermotor.

3. Kesan-kesan pencemaran terma/haba : Jumlah kematian setiap tahun meningkat, pencairan ais di kutub, ribut taufan dan angin monsun dan peningkatan bilangan vektor  penyebab penyakit berjangkit kerana peningkatan suhu menyebabkan tikus, nyamuk, kutu dan pepijat membiak.

4. Langkah-langkah mengurangkan pencemaran terma/haba :

a). Membuat kempen kesedaran.

b). Penguatkuasaan undang-undang.

c). Pendidikan Alam Sekitar.
______________________________________________________________________________________________

RUJUKAN

1. Internet
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran

2. Buku
Latifah binti Mahfod & Shamshiah binti Ahmad.2003.Geografi Tingkatan 2.Kuala Lumpur: Edaran
Kemajuan(M) Sdn.Bhd.

About these ads

33 thoughts on “Pencemaran Alam Sekitar (Buku Skrap)

  1. Thanks for your marvelous posting! I actually enjoyed reading it, you might be a great author.
    I will remember to bookmark your blog and will come back from now on.

    I want to encourage you continue your great work, have a nice evening!

  2. Hey there! I know this is kinda off topic however , I’d figured I’d ask.
    Would you be interested in trading links or maybe guest writing a blog
    post or vice-versa? My blog covers a lot of the same topics as yours and I believe we could greatly benefit from each other.
    If you are interested feel free to shoot me an e-mail.
    I look forward to hearing from you! Wonderful blog by the way!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s